.png)
|
Sweet Owner! ![]() Shout Out! ![]() Nothing to say for this time :) Credits! ![]() Template By : Ainna Zieyha Basecodes By : Liyana Aina Edit By : AzuNyan Re-edit By : Me Big Help : M I O Image Header: Clavies
| Nukilan Yang Pertama
Selasa, 9 Julai 2013 | 6:31 PG | 0 comments
Di sebalik senyuman tersimpan seribu rahsia. Rahsia yang hanya difahami oleh diri sendiri. Takkan pernah ada seorang pun yang faham seperti mana empunya diri walaupun dah diluahkan sejuta kali. Takkan pernah ada yang mengerti kesakitan hati ini melainkan diri ini dan diri-Nya. Hanya kerana aku terlambat mengesan cinta dia dahulu, aku yang merana. Dan hanya kerana dia terlambat meluahkan cinta padaku, aku terseksa. Hanya air mata yang menjadi peneman di saat duka bertandang.
Adelia menutup diarinya setelah tamat nukilannya. Bagi Adelia, diarilah tempat dia meluahkan segala perasaannya. Tidak kira gembira, sedih, dan kecewa, semuanya tercoret di dalam diarinya. Kemudian, Adelia bangun untuk menyimpan diarinya di dalam laci yang berkunci. Takut ada yang cuba membaca isi hatinya. Bukan dia tidak mempercayai teman serumahnya, Nadia tapi biarlah segalanya menjadi rahsia.
Tiba-tiba, telefon bimbit Adelia berbunyi nyaring minta diangkat. Siapa pulak yang menelefonnya pada waktu begini ? Sempat Adelia bermonolog. Adelia mengerling pada jam dinding biliknya yang menunjukkan sudah masuk waktu tengah malam sebelum mengangkat panggilan itu. Adelia menjadi tidak keruan selepas matanya tertancap pada nama si pemanggil. Jantungnya berdebar-debar saat menekan punat hijau pada telefon bimbitnya.
"Assalammualaikum". Adam memulakan bicara.
"Waalaikummusalam". Adelia menjawab setelah agak lama membisukan diri. Dalam hatinya, terdetik rasa rindu yang mendalam.
"Awak tak tidur lagi?". Adam hanya bermuqadimah apabila dia tidak mendapat sebarang reaksi daripada Adelia.
"Belum, kenapa awak telefon saya? Ada perkara penting ke ?". Adelia memulakan langkah pertama untuk mengetahui tujuan asal Adam menelefonnya.
Tersentak Adam apabila Adelia berkata begitu. Perlukah dia mempunyai sesuatu yang penting untuk menelefon Adelia ? Perlukah semua itu untuk mendengar suara orang yang sudah lama bertakhta dihatinya? Perlukah semua itu ? Adam memejamkan matanya seketika sebelum menjawab pertanyaan Adelia.
"Saya cuma nak tanya khabar awak. Awak sihat ?". Adam menjawabnya dengan suara yang getar. Dalam hatinya, hanya Tuhan saja yang tahu betapa dia merindui suara itu.
"Sihat. Takpe lah, saya mengantuklah. Nak tidur". Adelia bengang dengan pertanyaan itu. Apa yang diharapkan amat berlainan sekali. Dia hanya mengharapkan Adam mempunyai perasaan yang sama terhadap dirinya. Kenapa Adam begitu ego untuk meluahkan semuanya ? Adelia menjadi sebak tiba-tiba.
"Awak, nanti dulu ! Saya nak cakap sesuatu". Adam seperti tersedar dari lamunan apabila Adelia sudah mahu meletakkan telefon.
Adelia tidak jadi hendak meletakkan telefonnya walaupun matanya sudah terasa berat. Apa lagi yang dia nak ? Adelia bermonolog sendirian.
"Saya rindukan awak". Adam meluahkan juga apa terbuku dihatinya sejak sekian lama itu. Adam merasa lega dengan apa yang diucapkan itu.
Di hujung talian, Adelia sudah terpanar. Dia tak sangka Adam meluahkan juga apa yang terbuku dihatinya. Dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya dia. Adelia tak berkata apa selain memberi salam bagi menamatkan perbualannya dengan Adam.
Tiba-tiba, Adelia dikejutkan dengan ketukan pintu di ruang tamunya. Adelia bergegas turun ke ruang tamu untuk membuka pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, Adelia sekali lagi kaku.
bersambung.....
Label: Nukilan DJ |